“We are not retreating. We are advancing in another direction.”
“It is fatal to enter any war without the will to win it.”
“Old soldiers never die; they just fade away.
“The soldier, above all other people, prays for peace,
for he must suffer and be the deepest wounds and scars of war.”
“May God have mercy upon my enemies, because I won't .” “The object of war is not to die for your country but to make the other bastard die for his.
“Nobody ever defended anything successfully, there is only attack and attack and attack some more.
“Fixed fortifications are a monument to the stupidity of man." “It is foolish and wrong to mourn the men who died. Rather we should thank God that such men lived.
Sayangi Malaysiaku: Berbalas tembak selama 45 minit dengan komunis Oleh Ahmad Syabil Sultan Noordin Ahmad
Wednesday, August 14, 2019
On a Reconnaissance
KUCHING, 15 Ogos : “Saya bersama-sama (Datuk Temenggong) Kanang anak
Langkau serta pasukan pernah berbalas tembakan dengan komunis selama
hampir 45 minit di kawasan Gunung Korbu, Perak,” kata Panglima Divisyen
Pertama Infantri Malaysia, Mej Jen Datuk Toh Choon Siang mengungkap
kembali pengalaman getirnya dalam mempertahankan tanah air tercinta.
Toh, 59, sukar dicari ganti, beliau yang bakal bersara pada 16 Sept
ini, merupakan pegawai kanan berbangsa Cina yang pertama berkhidmat
paling lama dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu 42 tahun,
sembilan bulan dan lapan hari. Darah kesatria yang mengalir dalam diri beliau diwarisi daripada
bapanya yang berkhidmat sebagai tentera udara British semasa Perang
Dunia Kedua. Menceritakan pengalamannya sewaktu berdepan musuh dalam
mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi negara, beliau berkata tahap
kejayaan mereka apabila dapat membunuh dan menangkap lebih ramai
komunis. “Kalau balik tangan kosong dianggap tidak berjaya, kalau saya kata
tidak takut, itu bohonglah. Kejayaan kami dapat mengalahkan ideologi
komunis, ia adalah kejayaan pasukan kami. “Zaman itu, kejayaan mengusung keluar mayat komunis adalah suatu
kejayaan bagi kami yang amat dibanggakan,” kata pejuang yang dilahirkan
di Johor dan dibesarkan di Pulau Pinang itu kepada Bernama. Antara pencapaian sepanjang bertugas sebagai pegawai tentera, beliau
menyelesaikan 97 kes termasuk melakukan tangkapan seramai 177 Pendatang
Asing Tanpa Izin (PATI) dengan nilai rampasan RM1.2 juta. Dalam pada itu, Toh yang merupakan lepasan ijazah pengurusan di
Australia pada 1992 dan memperoleh sarjana di UKM dalam jurusan
pertahanan berpendapat usaha yang berterusan diperlukan untuk mengubah
persepsi kerjaya dalam tentera khususnya bagi kaum Cina. “Persatuan Veteran Cina ATM perlu berusaha meningkatkan publisiti dan
memacu perekrutan seperti menyiarkan lebih banyak berita dalam akhbar
Cina dan masuk ke kampung-kampung Cina untuk menjalankan promosi,”
katanya. Sementara itu, bagi Lt Kol (B) Nartono Tungal, 62, yang berkhidmat
dalam Rejimen Renjer Diraja dan Kor Risik Diraja pula, pengalaman
memimpin pasukan dalam pertempuran dengan gerombolan komunis di Kampung
Batu Lapan, Tanjung Pari di Baling, Kedah akan terpahat dalam
sanubarinya. “Ia pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Dalam insiden tersebut
tiga pengganas komunis didapati cedera parah berdasarkan kesan darah,”
katanya yang pernah berkhidmat di Bosnia Herzegovina suatu ketika
dahulu. Beliau menasihati generasi muda supaya bersatu tanpa mengira latar
belakang kaum dan agama agar dapat mempertahankan kemerdekaan yang
dinikmati sekarang. Antara pasukan yang pernah menerima khidmat Nartono ialah pasukan 1
Renjer Melaka, Markas 6 Briged Sungai Petani, 6 Renjer Bau Sarawak,
Yunif 413 Solo Indonesia, Batalion 303 Temenggor Grik Perak, Markas 10
Briged Para Melaka, MIO Sibu Sarawak, MIO Miri Sarawak.
Selain itu, Markas 1 Division Kuching, Bosnia Herzegovina, Kompeni
Pertama Risik Medan Kuching Sarawak, 165 Batalion Risik Penang, TMBCO
Songkhla Selatan Thailand dan Markas Medan Tentera Darat Kuala Lumpur.