Valour and Courage: Sayangi Malaysiaku: Berbalas tembak selama 45 minit dengan komunis Oleh Ahmad Syabil Sultan Noordin Ahmad
Death or Glory
Photobucket - Video and Image Hosting
 
The Courageous
Who Have Looked At
Death In The Eye
Photobucket
Stories Of Valour
Courage
Nuffnang
Miscellaneous
No Atheists
In A Foxhole
“When you're left wounded on

Afganistan's plains and

the women come out to cut up what remains,

Just roll to your rifle

and blow out your brains,

And go to your God like a soldier”

“We are not retreating. We are advancing in another direction.”

“It is fatal to enter any war without the will to win it.”

“Old soldiers never die; they just fade away.

“The soldier, above all other people, prays for peace,

for he must suffer and be the deepest wounds and scars of war.”

“May God have mercy upon my enemies, because I won't .”
“The object of war is not to die for your country but to make the other bastard die for his.

“Nobody ever defended anything successfully, there is only attack and attack and attack some more.

“Fixed fortifications are a monument to the stupidity of man."
“It is foolish and wrong to mourn the men who died.
Rather we should thank God that such men lived.

The Soldier stood and faced God


Which must always come to pass

Photobucket
He hoped his shoes were shining

Just as bright as his brass

"Step forward you Soldier,

How shall I deal with you?


Have you always turned the other cheek?


To My Church have you been true?"


"No, Lord, I guess I ain't


Because those of us who carry guns


Can't always be a saint."

I've had to work on Sundays

And at times my talk was tough,

And sometimes I've been violent,

Because the world is awfully rough.

But, I never took a penny

That wasn't mine to keep.

Though I worked a lot of overtime

When the bills got just too steep,

The Soldier squared his shoulders and said

And I never passed a cry for help

Though at times I shook with fear,

And sometimes, God forgive me,

I've wept unmanly tears.

I know I don't deserve a place

Among the people here.

They never wanted me around


Except to calm their fears.


If you've a place for me here,


Lord, It needn't be so grand,


I never expected or had too much,


But if you don't, I'll understand."

There was silence all around the throne

Where the saints had often trod

As the Soldier waited quietly,

For the judgment of his God.

"Step forward now, you Soldier,

You've borne your burden well.

Walk peacefully on Heaven's streets,

You've done your time in Hell."

Links
& Infor
xxxx
Glorious
Malaysian Food
xxx
&
Other Stuff
xxx

xxx

xxx

XXXX

xxxx
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
Sayangi Malaysiaku: Berbalas tembak selama 45 minit dengan komunis Oleh Ahmad Syabil Sultan Noordin Ahmad
Wednesday, August 14, 2019
On a Reconnaissance
KUCHING, 15 Ogos : “Saya bersama-sama (Datuk Temenggong) Kanang anak Langkau serta pasukan pernah berbalas tembakan dengan komunis selama hampir 45 minit di kawasan Gunung Korbu, Perak,” kata Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mej Jen Datuk Toh Choon Siang mengungkap kembali pengalaman getirnya dalam mempertahankan tanah air tercinta.
Toh, 59, sukar dicari ganti, beliau yang bakal bersara pada 16 Sept ini, merupakan pegawai kanan berbangsa Cina yang pertama berkhidmat paling lama dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu 42 tahun, sembilan bulan dan lapan hari. Darah kesatria yang mengalir dalam diri beliau diwarisi daripada bapanya yang berkhidmat sebagai tentera udara British semasa Perang Dunia Kedua.

Menceritakan pengalamannya sewaktu berdepan musuh dalam mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi negara, beliau berkata tahap kejayaan mereka apabila dapat membunuh dan menangkap lebih ramai komunis. “Kalau balik tangan kosong dianggap tidak berjaya, kalau saya kata tidak takut, itu bohonglah. Kejayaan kami dapat mengalahkan ideologi komunis, ia adalah kejayaan pasukan kami.

“Zaman itu, kejayaan mengusung keluar mayat komunis adalah suatu kejayaan bagi kami yang amat dibanggakan,” kata pejuang yang dilahirkan di Johor dan dibesarkan di Pulau Pinang itu kepada Bernama.

Antara pencapaian sepanjang bertugas sebagai pegawai tentera, beliau menyelesaikan 97 kes termasuk melakukan tangkapan seramai 177 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dengan nilai rampasan RM1.2 juta. Dalam pada itu, Toh yang merupakan lepasan ijazah pengurusan di Australia pada 1992 dan memperoleh sarjana di UKM dalam jurusan pertahanan berpendapat usaha yang berterusan diperlukan untuk mengubah persepsi kerjaya dalam tentera khususnya bagi kaum Cina.

“Persatuan Veteran Cina ATM perlu berusaha meningkatkan publisiti dan memacu perekrutan seperti menyiarkan lebih banyak berita dalam akhbar Cina dan masuk ke kampung-kampung Cina untuk menjalankan promosi,” katanya.

Sementara itu, bagi Lt Kol (B) Nartono Tungal, 62, yang berkhidmat dalam Rejimen Renjer Diraja dan Kor Risik Diraja pula, pengalaman memimpin pasukan dalam pertempuran dengan gerombolan komunis di Kampung Batu Lapan, Tanjung Pari di Baling, Kedah akan terpahat dalam sanubarinya.

“Ia pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Dalam insiden tersebut tiga pengganas komunis didapati cedera parah berdasarkan kesan darah,” katanya yang pernah berkhidmat di Bosnia Herzegovina suatu ketika dahulu.

Beliau menasihati generasi muda supaya bersatu tanpa mengira latar belakang kaum dan agama agar dapat mempertahankan kemerdekaan yang dinikmati sekarang.

Antara pasukan yang pernah menerima khidmat Nartono ialah pasukan 1 Renjer Melaka, Markas 6 Briged Sungai Petani, 6 Renjer Bau Sarawak, Yunif 413 Solo Indonesia, Batalion 303 Temenggor Grik Perak, Markas 10 Briged Para Melaka, MIO Sibu Sarawak, MIO Miri Sarawak. Selain itu, Markas 1 Division Kuching, Bosnia Herzegovina, Kompeni Pertama Risik Medan Kuching Sarawak, 165 Batalion Risik Penang, TMBCO Songkhla Selatan Thailand dan Markas Medan Tentera Darat Kuala Lumpur.
Source : Front Desk
posted by Major D Swami (Retired) @ 10:57 PM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
ARCHIVES


Previous Post
Links
Links To Rangers
Military Related Links


XXXX
xxxx
xxxx
XXX
XXXX
World
xxxx
Advertistment
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© Modified on the 12th January 2008 By Valour and Courage .Template by Isnaini Dot Com
<bgsound src="">